18 Januari 2020 - 18:16
A.S Malu Dengan Pembunuhan Jeneral Soleimani: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran yang terkemuka telah memalukan Amerika Syarikat kerana mereka bukan sahaja terpaksa melancarkan tindakan keganasan - dalam pembunuhan itu -, tetapi Washington juga perlu melihat imejnya tercalar akibat daripada respon keras Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran yang terkemuka telah memalukan Amerika Syarikat kerana mereka bukan sahaja terpaksa melancarkan tindakan keganasan - dalam pembunuhan itu -, tetapi Washington juga perlu melihat imejnya tercalar akibat daripada respon keras Iran.

"Hari di mana peluru berpandu Pengawal Revolusi Islam menghancurkan pangkalan A.S adalah salah satu daripada 'hari Tuhan'. Respon Pasukan Pengawal (Revolusi) adalah tamparan hebat terhadap imej adikuasa Amerika Syarikat yang menakutkan," kata beliau kepada orang ramai di Tehran pada hari Jumaat.

Untuk pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun, Ayatullah Khamenei memimpin Solat Jumaat di Musolla Imam Khomeini di Tehran yang dihadiri oleh ribuan warga Iran. Beliau memimpin solat itu selepas Iran melancarkan serangan ke atas dua pangkalan A.S di Iraq dengan peluru berpandu sebagai respon terhadap pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani.

Pemimpin itu trut menyifatkan tempoh dua minggu yang lalu sebagai sesuatu yang luar biasa yang dipenuhi dengan kenangan pahit dan manis serta dalam masa yang sama mengandungi pelajaran berharga untuk rakyat Iran.

"Hari Tuhan bermakna melihat tangan Tuhan dalam sesuatu peristiwa - hari ketika puluhan juta rakyat Iran dan ratusan ribu warga Iraq dan beberapa bangsa lain turun ke jalan raya untuk menghormati darah Jeneral Pasukan Quds," katanya.

"Hari di mana peluru berpandu IRGC menghancurkan pangkalan Amerika Syarikat adalah satu lagi contoh 'hari Tuhan', kita menyaksikan dua hari Tuhan di hadapan mata kita sendiri, hari-hari ini adalah titik perubahan yang bakal melakar sejarah, (kedua-dua hari itu) bukan hari biasa," katanya.

A.S pada 3 Januari lepas telah melancarkan serangan udara yang membunuh Jeneral Pasukan Quds Iran dan Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq sekaligus mencetuskan ketegangan baharu di negara itu.

Tindakan itu mencetuskan bantahan di Iran dan Iraq. Rentetan perkara itu, parlimen Iraq telah meluluskan rang undang-undang yang menuntut penarikan semua pasukan tentera asing yang diketuai oleh Amerika Syarikat dari negara ini.

Iran pula memberikan respon ketenteraan dengan membedil pangkalan A.S di Ain al-Assad dan Erbil dengan peluru berpandu. -Agensi